Spare Parts Tersedia Untuk Baiki Sliding Autogate
Sliding autogate memang terkenal sebagai sistem yang tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Ramai customer kami sudah guna lebih 10 hingga 15 tahun dan masih boleh berfungsi dengan baik. Tapi macam mana kuat pun sesuatu sistem, bila dah lama guna tetap akan ada bahagian yang haus atau rosak. Berita baiknya, kami masih sediakan sliding autogate spare parts untuk model lama dan juga model baru. Yang penting, kena buat pemeriksaan betul-betul supaya punca sebenar masalah dapat dikenal pasti dan tak berulang lagi selepas baiki.
Setiap rumah ada keadaan yang berbeza. Ada yang guna motor sliding besar sebab pagar berat, ada yang masih guna sistem lama, dan ada juga yang sudah upgrade ke sistem baru. Jadi tak semua masalah boleh guna cara yang sama. Kalau autogate jadi perlahan, remote tak berfungsi, motor jam, berbunyi kuat atau langsung tak bergerak, kami akan check satu per satu dari motor, gear, track, wiring sampai ke control board. Kami akan cadangkan peenyelesaian yang praktikal ikut keadaan sebenar, bukan terus suruh tukar set baru kalau masih boleh baiki.
Kalau anda tak pasti sama ada lebih baik repair atau pasang sliding autogate baru, jangan risau. Kami akan terangkan dengan bahasa mudah supaya anda faham pilihan yang ada. Dengan pengalaman luas dalam servis dan pemasangan autogate, kami pastikan kerja dibuat kemas, selamat dan tahan lama. Matlamat kami bukan sekadar baiki, tapi nak pastikan sliding autogate anda boleh digunakan setiap hari tanpa gangguan dan tanpa perlu kerap keluarkan kos tambahan.
Ini Kali Kedua Kami Tolong Baiki BSM Sliding Autogate Customer Ini
Ini kali kedua customer dari Damansara hubungi kami untuk servis BSM sliding autogate mereka. Dua tahun lepas, kami pernah datang tukar remote receiver sebab masa tu autogate tak boleh guna remote. Customer ada beritahu installer asal mereka tak simpan spare parts untuk model tersebut dan terus cadangkan tukar motor sliding baru. Nasib baik customer tak terus setuju dan cari pendapat kedua. Kami datang, periksa dan baiki dengan hanya tukar receiver sahaja, jauh lebih jimat daripada pasang sistem baru.
Kali ini masalah lain pula sliding autogate langsung tak boleh buka atau tutup, sama ada guna remote atau suis dalam rumah. Selepas buat pemeriksaan, kami dapati punca sebenar ialah control panel yang sudah rosak. Mujur kami memang bawa spare parts BSM bersama, jadi boleh terus gantikan dengan F5 AC sliding autogate board yang baru di tempat. Tak perlu tunggu lama atau tukar satu set motor. Selepas siap pasang dan buat testing, sliding autogate kembali berfungsi dengan lancar seperti biasa. Inilah pentingnya guna servis yang betul-betul faham sistem dan ada stok spare parts lengkap, supaya tak perlu keluar kos yang tak perlu.
Servis Sliding Autogate – Baiki Dan Pasang
Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. Untuk pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan untuk menggunakan Tronica® autogate system. Bagi liding autogate pula antaranya, Tronica® DC Sliding Autogate System dan Tronica® AC Sliding Autogate System. Untuk lebih info mengenail produk dan servis kami, boleh call sekarang.
Jangan risau lagi sekiranya ada masalah sliding autogate rosak dan auto gate installer/ repairer anda tak boleh baiki. Kami berikan best autogate solution dimana autogate anda dapat diselesaikan dengan cepat, mudah dan berkesan. Hubungi 012 – 405 8791 untuk keperluan autogate anda.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Supermarket)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791





Leave a Reply