Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Current Situation Of Covid 19 in Malaysia

Seluruh dunia kini sedang gempar dengan jangkitan wabak COVID19 yang mula tersebar dari sebuah pasar basah di Wuhan. Ini sekali gus membangkitkan kebimbangan kerana saban hari kes membabitkan COVID19 dilaporkan masih pada tahap bahaya. Negara kita Malaysia yang mana terkini telah mencecah seramai 70 kematian dan jumlah kes hampir 4346, memang sangat membimbangkan.

Bagi mencegah menularan wabak COVID19 ini, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/ Movement Control Order (MCO) diseluruh negara dimana larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Disebabkan peningkatan jumlah kes, kerajaan telah melanjutkan melaksanaan PKP dari 1 April 2020 sehingga 14 April 2020 ini. Tidak boleh keluar rumah sesuka hati tanpa urusan penting sepanjang tempoh PKP. Anggota PDRM dan ATM diarahkan untuk mengadakan sekatan jalan serta rondaan untuk memastikan kita kekal dirumah. Teruskan mematuhi PKP agar kita dapat putuskan rantaian wabak COVID19. Keputusan kerajaan melaksanakan PKP diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan COVID19 yang melanda negara ketika ini.

Apa yang kita boleh buat dirumah?

Macam-macam kita boleh buat, inilah masa untuk luangkan bersama keluarga dirumah. Antaranya boleh pengemas rumah, memasak mencuba menu-menu viral sekarang, mengajar sendiri anak-anak dan berkebun dihalaman rumah. Jangan jadikan ia satu beban, inilah masa untuk eratkan hubungan kekeluargaan, saling bantu membantu. Kita hanya perlu kekal dirumah bagi menghentikan penularan wabak ini.

Nasihat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan menjaga kebersihan telah lama disaran oleh KKM. Pastikan kita sentiasa jaga kesihatan dan kebersihan diri, selalu cuci tangan dengan sabun, jaga jarak sosial dan dapatkan rawatan segera sekiranya sakit. Kami di EE Automation inginkan anda semua selamat dan kekal sihat sentiasa. Marilah kita sama-sama memutuskan rantaian wabak COVID19, patuhi langkah-langkah pencegahan dan jaga diri dan orang tersayang.

Terima Kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan, frontliner yang bertungkus lumus melindungi dan membanteras virus COVID19. Berisiko untuk dijangkiti virus maut ini namun semangat mereka tetap kental untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit COVID19. Anda semua sememangnya wira. Kita juga perlu beri kerjasama, dengar segala nasihat yang kerajaan sarankan untuk kita sentiasa kekal dirumah.

Kepada anda yang mengalami masalah autogate memerlukan servis baiki autogate, auto gate repair services dan inginkan pemasangan autogate, autogate installation segera dalam tempoh ini, boleh hubungi kami, kami akan cuba membantu. Semoga negara kita bebas dari wabak COVID19 secepat mungkin.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Giant Hypermarket)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791

www.wasap.my/60124058791
Website:https://wpbugfixer.com

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: eecctv9@gmail.com

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Now ButtonCall Us Now