Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Kilat Merosakkan Autogate – Hubungi Kami Untuk Servis Baiki

Kilat Merosakkan Autogate – Hubungi Kami Untuk Servis Baiki

Ramai yang tak tahu, salah satu punca utama autogate rosak ialah disebabkan panahan kilat. Bila autogate kena kilat, biasanya komponen seperti control panel atau transformer akan rosak, kadang-kadang kedua-duanya sekali. Dalam sesetengah kes, kita boleh nampak kesan terbakar pada board atau transformer, jadi memang jelas kerosakan berpunca daripada kilat. Tapi ada juga kes yang nampak macam biasa dari luar, namun sebenarnya bahagian dalam sudah rosak dan menyebabkan autogate terus tak berfungsi.

Selalunya masalah ini berlaku selepas hujan lebat atau ribut petir. Tiba-tiba autogate tak boleh buka, tak boleh tutup, atau langsung tak ada respon. Bukan autogate sahaja yang berisiko, malah peralatan elektrik lain dalam rumah pun boleh terjejas bila berlaku power surge akibat kilat. Kalau situasi ini berlaku, jangan tunggu lama. Lebih baik buat pemeriksaan segera supaya kerosakan tak jadi lebih teruk. Kami sediakan servis pemeriksaan dan repair, dan kami memang bawa sekali spare parts yang diperlukan supaya boleh terus baiki di tempat jika sesuai.

Ramai juga tanya macam mana nak elakkan autogate daripada rosak akibat kilat. Ada yang cadangkan pasang lightning arrestor untuk autogate, tapi sebenarnya ia bukan 100% menjamin perlindungan. Cara yang lebih berkesan ialah pasang home surge protection device, iaitu sistem perlindungan untuk keseluruhan bekalan elektrik rumah. Peranti ini bantu kurangkan risiko kerosakan akibat lonjakan elektrik dan lindungi bukan sahaja autogate, malah semua peralatan elektrik dalam rumah. Pencegahan awal lebih baik daripada kos repair yang tinggi kemudian hari.

Swing Autogate Repair Puchong
Swing Autogate Repair Puchong

Ada Kesan Terbakar Pada Autogate Control Panel

Seperti customer dari Puchong yang mana oae swing autogate tidak berfungsi dan customer tidak tahu apa puncanya. Disebabkan tidak dapat mencari original autogate installer, customer menghubungi kami untuk bantuan. Apabila sampai dirumah pelanggan, kami buka sahaja box autogate, memang sudah nampak kesan terbakar pada autogate control panel dan kami lakukan pemeriksaan, memang autogate control board rosak, itu sebab autogate tidak berfungsi. Setelah lami gantikan autogate control panel, autogate berfungsi semula seperti biasa.

Dari apa yang customer beritahu, bukan autogate sahaja yang rosak, beberapa beralatan rumah rosak, seperti lampu dan peti ais. Kemunigkinan besar ini berpunca daripada kilat. Customer tanya cara untuk elakkan kilat merosakan peralatan elektrik rumah? Kami cadangkan untuk pemasangan home surge protection device iaitu peranti perlindungan bagi power surge rumah.

Servis Autogate Kami Cepat Dan Berkesan

Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan untuk mencari punca autogate rosak. Kemudian apa kami buat seterusnya? Selepas lakukan pemeriksaan untuk mencari punca autogate rosak dan bahagian autogate mana yang bermasalah, kami akan tunjuk pada customer, beritahu masalah, apa yang perlu dibuat, autogate parts mana yang perlu digantikan dan beritahu kos baiki autogate. Apabila customer setuju, kami boleh ambil auto gate spare parts dalam van dan boleh terus gantikan autogate parts yang bermasalah. Akhirnya sekali, lakukan testing, pastikan semuanya berfungsi dengan baik. Servis autogate kami sangat cepat, mudah dan berkesan.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang autogate Tronica® Autogate System dan baiki autogate pelbagai jenama serta model di seluruh Kalng Valley.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment

Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now.

Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
(Besides Giant Hypermarket)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo / https://youtu.be/nvSifMMO9Jk

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: eecctv9@gmail.com

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Now ButtonCall Us Now