Ramai Tukar Underground Autogate ke Tronica® Swing Arm Autogate
Ramai pengguna yang sebelum ini menggunakan underground swing autogate system akhirnya memilih untuk tukar kepada swing arm autogate system, dan antara jenama yang paling dipercayai ialah Tronica® Autogate. Sebab utama ramai tukar sistem ini ialah kerana autogate underground dah terlalu lama digunakan, komponen dalam tanah mudah haus, berkarat dan susah nak dapat alat ganti. Selain itu, ramai juga yang dah banyak kali baiki tapi lepas satu bahagian elok, bahagian lain pula rosak. Bila buat renovation rumah atau tukar pagar baru, ramai terus ambil keputusan untuk buang sistem lama dan pasang sistem autogate baru yang lebih moden dan tahan lama. Dengan Tronica®, ramai pelanggan kami berpuas hati sebab ia bukan sahaja kuat dan senyap, tapi juga senang diselenggara dan alat gantinya mudah didapati.
Untuk anda yang masih guna underground autogate system, jangan risau, kami masih boleh bantu baiki. Kami memang ada simpan beberapa spare parts underground autogate, tapi stoknya makin terhad sebab sistem ni dah lama tak dikeluarkan secara meluas. Jadi, harga alat ganti pun boleh jadi agak mahal. Kalau autogate anda rosak teruk seperti gearbox atau DC motor underground dah gagal berfungsi, kami biasanya akan syorkan supaya pertimbangkan untuk tukar ke sistem baru. Bukan sebab nak jual autogate baru, tapi sebab bila kira dari segi kos pembaikan jangka panjang, kemudahan servis, dan ketahanan, sistem baru jauh lebih berbaloi. Kalau anda masih ragu atau perlukan pendapat sebelum buat keputusan, boleh terus hubungi kami di 012–405 8791 kami akan bantu semak keadaan autogate anda dan berikan cadangan terbaik mengikut bajet dan keperluan rumah anda.
Lama Tak Guna Underground Autogate Sebab Rosak
Seperti customer daripada Subang Jaya ini yang menggunakan Powergates Underground Swing Autogate System dan dari apa yang customer beritahu kami, sudah sebulan tidak menggunakan pagar autogate sejak dari autogate repairer Subang Jaya yang datang dan mereka janji akan betulkan underground autogate tersebut, mereka kata akan mencari underground autogate spare parts tapi sampai sekarang tiada apa-apa berita.
Sekarang customer buat keputusan untuk pasang autogate baru atas nasihat kawannya yang hadapi masalah yang sama dengan underground swing autogate dulu, yang kini telah menggunakan Tronica® Autogate. Dan berikan contact number EE Automation untuk lakukan pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System bagi menggantikan Powergates underground autogate lama yang rosak.
Autogate Terbaik – Tronica® Autogate System
Apa yang membuatkan Tronica® Autogate System istemewa adalah kerana Tronica® Autogate jenis swing arm autogate berkualiti tinggi tetapi tidak terlau mahal. Jika anda telah muak dengan tekaan dan kos untuk membaiki autogate setiap masa, pertimbangkan untuk membuat pilihan yang bijak dengan tukar kepada Tronica® Autogate dan nikmati ketenangan yang datang dengan penyelesaian autogate yang boleh dipercayai dan berpatutan yang mempunyai sokongan tempatan. Sebab itu ramai pengguna Tronica® Autogate yang berpuas hati mereka akan syorkan kepada kenalan.
EE Automation juga tahu betapa pentingnya memasang autogate dengan betul supaya ia berfungsi dengan baik. Itulah sebabnya kami menawarkan perkhidmatan pemasangan autogate profesional untuk memastikan autogate baru anda berfungsi dengan sempurna dari awal. Kami memahami betapa pentingnya pemasangan autogate swing yang betul untuk prestasi optimum. Itulah sebabnya kami menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk Tronica® Autogate, KRON Autogate, FBM Autogate, Dnor Autogate, OAE Autogate, E8 Autogate, FAAC Autogate dan DCMoto Autogate untuk memastikan autogate baru anda disetkan dengan betul. Jangan tunggu bil pembaikan seterusnya. Hubungi di 012 – 405 8791 hari ini dan buat pelaburan bijak dalam keselamatan dan keselesaan hartanah anda.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs






Leave a Reply