Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Walaupun Sudah Lama Pasang, Kami Ada Autogate Spare Parts Untuk Membaikinya

Walaupun Sudah Lama Pasang, Kami Ada Autogate Spare Parts Untuk Membaikinya

Setiap autogate yang kami bekalkan dan pasang, kami pastikan spare parts autogate sentiasa mudah diperolehi. Ini penting supaya bila ada masalah atau kerosakan, kami boleh bantu customer membaiki autogate dengan cepat tanpa perlu tunggu lama. Walaupun autogate sudah bertahun-tahun digunakan, kami masih menyimpan spare parts autogate yang diperlukan. Cara ini membolehkan customer terus menggunakan sistem autogate sedia ada tanpa perlu risau tentang kos tinggi atau kerumitan mencari alat ganti.

Kami faham ramai orang risau bila autogate rosak, terutama jika bukan kami yang pasang sistem tersebut. Tetapi di EE Automation, kami sedia membantu walaupun autogate anda dipasang oleh installer autogate lain. Team kami profesional dan berpengalaman, kami bawa semua autogate spare parts yang biasa diperlukan, jadi masalah autogate boleh diselesaikan dengan cepat, mudah dan berkesan pada waktu lawatan kami.

Kami komited untuk memberikan after-sales support yang terbaik kepada semua customer. Hubungan baik dengan customer sangat penting bagi kami, dan kami sentiasa pastikan servis yang diberikan memuaskan. Jika anda perlukan servis atau pembaikan autogate, hubungi En. Sam di 012 – 405 8791 hari ini untuk tetapkan temu janji. Kami akan pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan selamat.

Dnor Autogate Arm Repair Seri Kembangan
Dnor Autogate Arm Repair Seri Kembangan

Dnor 712 Arm Autogate Rosak? Ganti Saja Tanpa Tukar Satu Set

Kami dihubungi oleh customer dari Seri Kembangan yang dulu pernah kami pasangkan Dnor 712 arm autogate system sekitar 7 tahun lepas. Kali ini, customer menghadapi masalah di mana autogate sebelah kanan berhenti berfungsi. Kisahnya, beberapa hari sebelum itu, anaknya yang baru belajar memandu tersenggol pagar, ketika itu autogate masih berfungsi. Namun beberapa hari kemudian, autogate terus tidak bergerak. Nasib baik customer masih menyimpan nombor kami, jadi terus hubungi kami untuk dapatkan bantuan.

Setelah pemeriksaan, kami mendapati motor Dnor 712 arm autogate rosak dan terdapat gear dalaman yang pecah. Mujur kami masih menyimpan spare parts Dnor 712 yang lengkap, jadi kami boleh terus gantikan arm autogate tersebut tanpa perlu tukar keseluruhan sistem. Customer sangat lega kerana autogate lama masih boleh digunakan semula, hanya dengan menggantikan bahagian yang rosak sahaja. Ini juga menunjukkan kepentingan mengekalkan stok spare parts untuk memudahkan servis dan membaiki autogate dengan cepat dan jimat.

Spare Parts Arm Autogate Seri Kembangan
Spare Parts Arm Autogate Seri Kembangan

Hubungi Kami Untuk Pasang Dan Baiki Autogate

Setiap hari, kami menjalankan servis pembaikan dan pemasangan autogate di pelbagai kawasan sekitar Lembah Klang. Dengan pasukan teknikal yang berpengalaman dan peralatan lengkap, kami dapat memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti. Kami juga sentiasa membawa stok alat ganti untuk pelbagai jenama autogate terkenal seperti Tronica®, Kron, Dnor (untuk sistem swing dan folding), FBM dan OAE. Disebabkan itu, kerja penggantian atau pembaikan dapat dilakukan terus di lokasi pelanggan tanpa perlu tunggu lama. Sama ada anda perlukan pemasangan sistem baru atau sekadar menggantikan arm autogate yang rosak, kami bersedia membantu dengan servis yang boleh dipercayai dan hasil kerja yang memuaskan.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment

Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now

Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 012 – 405 8791

Whatsapp: https://wa.me/60124058791

Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: eecctv9@gmail.com

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Now ButtonCall Us Now